Friday, 27 March 2015

Aneh Tapi Benar.........

CANO CRISTALES : KEAJAIBAN SUNGAI PELANGI
 
 
 


Boleh dikatakan hampir sepanjang tahun, Cano Cristales tidak ada bezanya dengan sungai-sungai yang lain. Namun begitu, sungai yang mendapat jolokan sebagai 'The River Of Five Colour', 'The Liquit Rainbow' dan 'The River That Ran Away From Paradise' ini bukanlah sungai yang biasa

Ini kerana, selama beberapa minggu dari bulan Julai hingga November, Cano Cristales bertukar umpama pelangi. Dalam jangka masa pendek antara musim basah dan kering, apabila paras airnya tepat, spesis unik tumbuhan di dasar sungai yang disebut Macarenia clavigera, bertukar menjadi warna merah yang terang-benderang, diimbangi dengan tompokan pasir kuning dan hijau serta air yang biru.

Keajaiban sungai ini dapat dilihat jika cuaca cerah tanpa hujan dalam beberapa hari. Jika cuaca hujan sebelumnya, permukaan sungai yang keruh akan menyukarkan anda melihat alga di dalam sungai yang bertukar kepada pelbagai warna seperti merah, biru, hijau, hitam dan kuning. Oleh itu, anda mestilah bernasib baik jika mahu melihat keunikan dan keindahan Cano Cristales.

Cano Cristales terletak di kawasan terpencil yang jauh, tidak mudah diakses melalui jalan raya. Pelancong boleh menaiki kapal terbang ke bandar berhampiran La Macarena. Dari sana, anda boleh melalui perjalanan yang singkat ke Serrania de la Macarena, Taman Negara Colombia di mana terletaknya Cano Cristales dengan menaiki kuda, keldai ataupun sekadar berjalan kaki.

Fakta menarik....

BANYAKNYA DURI !...

Landak ialah haiwan yang mempunyai banyak duri di seluruh tubuhnya. Duri ini digunakan sebagai alat pertahanan diri ketika diserang musuh. Untuk pengetahuan anda, seekor landak dewasa mempunyai lebih 30,000 duri diseluruh tubuhnya.WOW!!



UNIKNYA SI RAMA-RAMA...

Seekor rama-rama merasa makanannya dengan menggunakan kaki dahulu sebelum menggunakan lidahnya. Ini kerana deria rasa rama-rama terlekat pada kakinya..

UNTUK KITA.....

Untuk yang tersilap bicara..
Beristighfarlah seketika
Semoga Kesalmu menjadi asbab suatu keampunan....

Untuk yang tersentap hatinya...
Pujuklah hati dengan memberi kemaafan..
Semoga lembut hatimu menjadi asbab..
suatu ketenangan...

Thursday, 26 March 2015

Ingin hidup bahagia? Ingatlah ibu dan ayah....

Ramai sebak jika kita cerita pasal Ibu Bapa

 

Tahukah anda betapa besarnya pengorbanan Ibu Bapa?

Tiada orang yang boleh terangkan apa maksudnya ibu bapa, dan secara pastinya, ramai yang menyatakan ibu bapa itu adalah ayah dan mak. Tidakkah ini sama maksud atau sama erti dengan ibu bapa. Jadi ramai yang beranggapan ibu bapa itu ialah seorang lelaki dan perempuan di mana mempunyai anak.
Saya sendiripun sukar untuk menerangkan definisi Ibu Bapa, tetapi cuba anda berfikir sejenak selepas membaca ayat di bawah ini.
  • Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
  • Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
  • Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
  • Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
  • Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
  • Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.
Ibu bapa yang dikasihi

Tetapi apabila situasi di terbalikkan kepada ibu bapa pula…

  • Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
  • Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
  • Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
  • Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
  • Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
  • Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Jadi bolehkah anda terangkan apa definisi sebenar Ibu Bapa? Ya.. Allah.. Definisi yang mudah tetapi sukar untuk kita lafazkan..

Mahu ada keyakinan?..Baca ni...

Bagaimana hendak mengatasi kegagalan?

Gambar Hiasan

Di dalam dunia perniagaan, anda pasti akan gagal Jadi, anda perlu bersedia untuk hadapi kegagalan pada setiap masa. Di sini, saya senaraikan beberapa tips untuk anda  ikut supaya anda boleh atasi perasaan gagal tersebut.
1.    Bersikap optimistik
Sentiasa bersikap dan bertindak positif ketika menghadapi kegagalan. Bila anda ingin rasa mengaku kalah, anda ingat balik tujuan asal anda memulakan perniagaan.
2.    Kekalkan semangat berkerja keras.
Jangan sesekali duduk diam walaupun anda gagal atau berjaya. Pastikan ada sahaja tindakan yang boleh anda lakukan. Lakukan sesuatu pada setiap masa.
3.    Utamakan maruah diri.
Anda samakan perniagaan anda dengan maruah diri anda. Anda perlu pertahankan maruah diri anda walau sesukar mana sekalipun keadaan.
4.    Berani
Jangan main selamat atau play safe tetapi bertindak berani. Ambil keputusan yang sesuai walaupun ia mempunyai risiko.
5.    Bersabar
Anda perlu banyak bersabar. Anda perlu ingat bahawa kegagalan adalah proses pembelajaran untuk berjaya. Jika di peperiksaan, anda tahu anda salah apabila guru anda memperbetulkan jawapan anda. DI dalam dunia perniagaan, anda tahu anda salah apabila tuhan menggagalkan perniagaan anda.
6.    Tenang dan kekal fokus.
Sentiasa bersikap tenang dan fokus terhadap perniagaan anda. Jangan sesekali hilang fokus. Apabila anda rasa risau, anda perlu cepat-cepat tenangkan diri dan kembali fokus. Jangan minum alkohol untuk tenangkan diri. Salah satu cara untuk bertenang adalah ingat Tuhan.

Welcome...

Hai....Selamat datang ke blog Laila......