CANO CRISTALES : KEAJAIBAN SUNGAI PELANGI
Boleh dikatakan hampir sepanjang tahun, Cano Cristales tidak ada bezanya dengan sungai-sungai yang lain. Namun begitu, sungai yang mendapat jolokan sebagai 'The River Of Five Colour', 'The Liquit Rainbow' dan 'The River That Ran Away From Paradise' ini bukanlah sungai yang biasa
Ini kerana, selama beberapa minggu dari bulan Julai hingga November, Cano Cristales bertukar umpama pelangi. Dalam jangka masa pendek antara musim basah dan kering, apabila paras airnya tepat, spesis unik tumbuhan di dasar sungai yang disebut Macarenia clavigera, bertukar menjadi warna merah yang terang-benderang, diimbangi dengan tompokan pasir kuning dan hijau serta air yang biru.
Keajaiban sungai ini dapat dilihat jika cuaca cerah tanpa hujan dalam beberapa hari. Jika cuaca hujan sebelumnya, permukaan sungai yang keruh akan menyukarkan anda melihat alga di dalam sungai yang bertukar kepada pelbagai warna seperti merah, biru, hijau, hitam dan kuning. Oleh itu, anda mestilah bernasib baik jika mahu melihat keunikan dan keindahan Cano Cristales.
Cano Cristales terletak di kawasan terpencil yang jauh, tidak mudah diakses melalui jalan raya. Pelancong boleh menaiki kapal terbang ke bandar berhampiran La Macarena. Dari sana, anda boleh melalui perjalanan yang singkat ke Serrania de la Macarena, Taman Negara Colombia di mana terletaknya Cano Cristales dengan menaiki kuda, keldai ataupun sekadar berjalan kaki.



No comments:
Post a Comment